SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG INI, NIKMATI APA YANG TERHIDANG , MAKLUMAT DIHUJUNG JARI ANDA!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, September 15, 2008

nasihat Imam al-Ghazali (3)

Bagaimana sepatutnya kita menerima nasihat.
wahai anakku yang tercinta,
memberi nasihat itu sebenarnya mudah sahaja, yang berat ialah menerima isi nasihat tersebut kerana setiap nasihat itu dirasakan tersangat pahit bagi sesiapa yang selalu mengikuti kehendak hawa nafsunya. nafsu sangat mencintai perkara-perkara yang dilarang apatah lagi bagi orang yang mencari ilmu yang resmi, (maksudnya mencari ilmu bagi maksud mendapat sesuatu gelaran resmi) dan sentiasa sibuk untuk menonjolkan kehebatan dirinya dan menghimpunkan kesenangan dalam dunia, kerana orang seperti ini selalu menganggap bahawa hanya dengan sekadar memperolehi ilmu itu sudah cukup menjadi sebab keselamatannya dan sebab kebahagiaannya dan ia tidak perlu beramal dengan ilmu yang dipelajarinya itu. Orang seperti ini sebenarnya telah terpengaruh dengan iktiqad dan aliran pemikiran ahli falsafah. Subhanallah, alangkah kelirunya pemikiran yang seperti ini. bukankah ia telah mengetahui bahawasanya seseorang itu apabila telah dapat menghasilkan ilmu kemudian dia tidak beramal dengan ilmu yang telah diketahuinya itu, nanti pada hari akhirat ia akan disoal dengan soalan yang lebih beratlagi daripad aorang yang tidak mengetahui apa-apa. seperti yang disebut dalam hadis baginda: أشد الناس عذابا يوم القيامة عالم لا ينفعه الله بعلمه
ertinya: orang yang paling pedih siksaannya pada hari qiamat nanti ialah seorang alim yang tidak memberi manfaat akan dia oleh Allah dengan ilmunya.
Dan diriwayatkan oleh Imam al-Junid al-Baghdadi bahawa ada seorang yang telah bermimpi bertemu dengan beliau diwaktu tidur selepas kematian beliau, lalu orang itu bertanya kepada Imam al-Junidal-Baghdadi dengan katanya ' apa khabar kamu wahai abu al-Qasim(al-Junid al-Bahgdadi) lalu imam al-Junid menjawab, sebenarnya telah hilang segala ilmu yang zahir dan juga telah telah hilang ilmu yang batin. dan sudah tidak ada lagi yang bermanfaat kecuali hanya beberapa rakaat yang sempat kami lakukan ditengah malam.

0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online